Daun terup masa kini Daun terup

Inggeris-Amerika

Dek utama 52 helai daun terup yang digunakan hari ini merangkumi 13 pangkat dalam empat sama bunga, iaitu daiman (diamond, ♦), sped (spade, ♠), lekuk (heart, ♥) dan kelawar (club, ♣). Setiap sama bunga terdiri daripada sekeping daun sat yang tertera satu mata bunganya; daun muka yang terdiri daripada daun raja (king), daun ratu (queen), daun pekak (jack), setiap satunya tertera bunga masing-masing; dan pangkat dua hingga sepuluh, setiap kepingnya tertera bilangan mata (pip) bunganya mengikut nombor. Juga terdapat dua atau empat keping daun joker yang tidak tergolong dalam mana-mana sama bunga, disertakan dalam kebanyakan dek yang dijual masa kini namun selalunya terpaksa digugurkan sebelum bermain.

Rekabentuk menonjol dan logo pengeluar yang dipaparkan pada daun sat sped dicetuskan oleh pemerintahan Raja James di England yang meluluskan undang-undang yang mewajibkan ketandaan dicetak pada daun berkenaan sebagai bukti pembayaran cukai untuk penghasilan daun terup tempatan. Dek daun terup yang dibuat dan dijual di United Kingdom dikenakan cukai sehingga dimansuhkan pada 4 Ogos 1960, dan daun sat sped inilah yang membawa bukti nama pencetak dan pengesahan pembayaran cukai untuk daun terup berkenaan.[notes 1] Pek daun terup juga dibalut dengan bungkusan duti kerajaan.

Contoh set 52 daun terup; 13 kad untuk setiap sama bunga kelawar, daiman, lekuk, dan sped
Sat
(Ace)
2345678910Pekak
(Jack)
Ratu
(Queen)
Raja
(King)
Kelawar
(Clubs)
Daiman
(Diamonds)
Lekuk
(Hearts)
Sped
(Spades)